Sunday 13 May 2012

KEGIGIHAN PARAMESWARA MEMBANGUNKAN KESULTANAN MELAYU MELAKA




Sistem Pemerintahan Teratur

  1. Melantik pembesar mengurus hal ehwal balairong seri
  2. 40 orang bentara menjalankan perintah raja
  3. Biduanda kecil membawa alat kebesaran diraja

Kemudahan Pelabuhan
  1. Bekalan air dan makanan
  2. Tenaga kerja
  3. Membaiki kapal
  4. Tempat penginapan pedagang

Hubungan diplomatik
  1. Tujuan untuk menjaga keselamatan dan mengiktiraf kedaulatan Melaka.
  2. Menjalin hubungan diplomatik dengan China sejak tahun 1404.

Bantuan Orang Laut
  1. Menjaga keselamatan perairan

Ikatan Konsep Daulat
  1. Hubungan raja dan rakyat umpama akar dan pohon

Wednesday 9 May 2012

ASAL USUL NAMA MELAKA





Asal-usul Nama Melaka

  1. Sejarah Melayu

    Pokok Melaka

    I. Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok

    II. Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk dijadikan negeri.


  2. Istilah Arab

    Mulaqah, Malakat

    I. Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab

    II. Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud 'pertemuan'

    III. Mereka juga menyebut Melaka 'Malakat' yang bermaksud 'perhimpunan segala dagang'.


  3. Mitos Hindu Karya Skanda Purana (Bahagian berjudul Vaishnara Khanda) Pokok Amalaka

    I. Nama ini diambil daripada pokok iaitu sepohon pokok iaitu pokok Amalaka yang pertama tumbuh di alam semesta

    II. Pokok ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan kekuatan

    III. Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana pokok ini dikaitkan dengan kediaman agama Hinduu iaiatu Brahma Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib

    IV. Oleh sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat, pedagang-pedagang Hindu
    mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut.



FAKTOR MELAKA DIPILIH MENJADI SEBUAH KERAJAAN








Monday 7 May 2012

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA






PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA






Parameswara di Palembang


  1. Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari Pelembang Timur Sumatera iaitu Parameswara. Beliau telah mengasaskan Melaka pada 1400
  2. Palembang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya
  3. Palembang juga pernah menjadi negara di bawah kekuasaan Majapahit
  4. Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil kesempatan untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit
  5. Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas diserang Majapahit
  6. Parameswara telah lari ke Temasik



Parameswara di Temasik
  1. Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit, Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut berundur ke Temasik (Singapura)
  2. Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan Siam. Beliau telah meyambut Parameswara dengan baik
  3. Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju kerana kedudukannya yang strategik
  4. Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak pertuanannya
  5. Parameswara bertindak memunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik selama lima tahun. Baginda berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Srivijaya
  6. Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-sama pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar


Kedatangan Parameswara
  1. Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan
  2. Pada tahun 1400. Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Hujung dan Bertam
  3. Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan pohon api-api dan pokok bakau di persisiran pantai
  4. Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun
  5. Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan Orang Asli. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan
  6. Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan
    mendirikan kota kerana kedudukannya berhampiran laut

SELAMAT DATANG KE SUDUT SEJARAH OPTIMIS

ASSALAMUALAIKUM...

RUANGAN INI DITUBUH KHAS UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA PELAJAR YANG MENGAMBIL SUBJEK SEJARAH PMR KHUSUSNYA...

DIHARAP, USAHA YANG KAMI LAKUKAN INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI...

SEMOGA ANDA TERUS BERJAYA DI MASA HADAPAN...TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJENGUK KE RUANGAN BLOG KAMI INI....


-OPTIMIS-